lupe

aku lupe haram ada blog
hahahaha =.=”

len kali arh update. bukan de orang bace pun =)

Advertisements

limitasi otak

aku percaya yang otak ada limitasi dia. kalau kau dah baca buku lebih dari 6 jam. pastu kau cuba sumbat lagi memang takkan berjaya. walau nescafe 5 sudu tak dapat membantu. pecaya lah cakap aku. so sebaik baik perbuatan adalah untuk tidur sebentar. yang mana akan berubah menjadi tidur yang lama. sedar sedar je dah pagi. kalau pagi takpe. ini tengah hari. jadual kau jadi berterabur balik nak study banyak tak catch up lagi. exam pulak esok. =.=

ouh untuk exam aku kali ni memang macam haram. cuba bayangkan 3 subjek. anatomy yang mana kau belaja setiap struktur dan fungsi beserta origin dan insertion muscle muscle selain innervation of the nerve. kau tambah lagi dengan biochemistry di mana kau belajar macam mane glucose jadi glycogen pastu jadi balik glucose convert balik untuk jadi tenaga pulak melalui glycolysis. dalam perjalanan menghasilkan tenaga menyimpang lagi dengan tambah carbohydrate ngan fatty acid pun leh terlibat sama untuk menjadi energy. tidak lupe kepada setiap intermidiate dan enzyme bagi setiap process. tambah satu lagi physiology kau belajar process jantung. cam mane nak lajukan degupan jantung dan jumlah darah keluar setiap minit dengan setiap kondisi sepert bersukan, rehat atau mempunyai penyakit. tambah pulak dengan respiratory punya sistem. full stop.

semua ni dalam satu paper. gile ape! =.=

Farm wat?

farm tu ape do. aku tau farm tu cam tempat de bela binatang. pastu ade kincir angin. ade ladang gandum kat tepi tu.
farming? aku tau farming ni dalam dota la. kalau nak duit atau memang pro memang terbaik la farming. cepat je dapat duit. cepat la beli barang. cepat la fat. end game pun cepat
farmville! ni la permainan popular gila kat facebook. siryesli aku tak ingat sangat macam mane aku leh aktif main ni. yang aku tau. aku ngan mau r yang start main bende ni kat kmb. pastu makin lama makin ramai. suruh jadi jiran la. pastu suruh bagi hadiah la. gile arh. balik kelas je semua bukak laptop. yang takde intenet beratur menunggu giliran nak pinjam broadband (okay ni over) tapi memang berat la game ni. so in the end aku decide malas nak main dah. loading bapak hell lambat. tapi ade lg yang semangat yang bekejar-kejar nak buat farm tercantik la. paling kaya la. gile =.=

ouh tapi korang tak tau kuasa mafia wars. ni lagi cam hell. tapi aku taknak cerita sebab aku tak main pun and aku benci wall facebook aku kena spam ngan mafia wars ni. mujur sekarang dah takde. aku rase pemakaian facebook ni sama jugak cam life kite kot. orang pakai facebook akan jadi macam budak baru lahir suke main game. then lama-lama dah matang dah kurang main game. lepas ni apa pulak eh?

saje je cite pasal farmville. mau yang ingatkan aku. terimalah hadiah gambar farmville kat bawah. sorry gamba tak sopan. ni je paling baik untuk aku decribe perasaan aku kat farmville sekarang..

 

ville

FTWT!

facebook.twitter.wordpress.tumblr =.=

apa nak panggil orang yang ada semua akaun ni eh? kalau orang banyak pegang kuasa orang panggil gipang = gila+pangkat
kalau ni lak kite panggil ape.. gi..? LA lol

ouh aku baru je wat tumblr.thanx atiqah sebab suggest. memang da lama terpikir sebenarnya nak buat pun tapi taktau function sebenar. So harini nak bagitau siket ape function setiap sekor mende alah ni dalam hidup aku

Facebook

tempat aku habiskan 98% masa aku. memang takleh nak buat apa. dah jadi trend sekarang ni Fb macam life derang dah. sampai sometimes gaduh2 sebab bende jadi dalam facebook. come on la. its just a facebook. no big deal lah! so facebook ni jadi tempat aku jumpe kawan-kawan lame dari kecik sampai besar. kalau dulu kat friendster aku gile cari kawan nak bia ramai cecah +2000 pastu bangga-bangga. kat facebook aku biar paling sikit aku boleh dapat. kurang sikit orang conteng dinding aku nanti. facebook gak la jadi tempat aku belajar menjadi seorang stalker. best doh. seryes. kadang2 minah2 saleh kat kelas aku yang lawa-lawa ni aku stalk kat facebook. cool bhai haha. So basically tu function facebook kot

Twitter

aku paleng tak suke orang update status setiap minit kat facebook. and seramai-ramai kawan aku kat facebook tak de la yang jenis camtu sebab semua yang perangai camtu aku da delete da. lantak korang la. nyampah aku. tapi kalau kau nak update sepanjang masa kat twitter suka hati kau la. dah tu je memang function die. so aku bosan je aku tulis kat twitter. da la tak ramai kawan situ so orang tak peduli pun. takde orang leh condemn yang best tu. twitter gak tempat aku follow update beberapa produk dan orang terkenal selain mendapat update quote tiap-tiap hari. menarik!

WordPress

untuk blogging lah. kalau aku nak mengarut panjang-panjang camni ni je la satu-satu caranya. aku secara dalaman memang sangat suke blogging. tapi aku tak reti sangat menulis ni. asyik-asyik padam je. function aku blogging bukan sebab nak dapat follower seluruh dunia. cukupla kawan-kawan rapat atau kawan-kawan yang ade blog gak. sebab derang pun tau perasaan die camne blogging ni. tapi kalau memang xde follower pun aku layan je ( seriusly kalau korang follow aku comment sepam haha )

Tumblr

sejak kebelakangan ini aku suke amek gambar gune lomo effect. tapi aku tak tahu kat mana aku nak tunjuk kecantikan gambar ni. ingatkan nak buat kat wordpress ni tapi entahla rasa cam tak kena. so maybe aku akan gune tumblr sepenuhnya untuk gamba-gamba yang aku rasa menarik je aku post. since orang kate picture shows thousand words. but photshop shows thousand lies. thats lol =p

aku tension study. tolong aku. =.=

konversasi 1

Dia: wey duit masuk 30Februari

aku: siyes? Duit garda(macam ic kat malaysia r) claim dapat bile?

Dia: 30Februari gak

aku: ok thanx! (yes da dekat da elaun nak masuk. kaya kaya!)

Dia: nanti cek kat kalender eh 30 Februari ade ke tak

aku: =.=”

*Dialog Fb beberapah hari yang lepas. Diedit 99% tapi kontent sama

konklusi: jangan salahkan aku. aku terdesak duit sekarang. Please MARA.. cepat sikit masukkan duit. nak makan subway x cukup duit ni =p